"Aksi" Erdogan di Forum G-20


Bismillah, insya-Allah kali ni ana nak bawakan satu kisah tentang isu dunia...(sori ye artikel bahasa indonesia..harap ngerti ya!)
Banyak hal yang patut dicontoh dari sosok seorang Recep Tayep Erdogan dalam kapasitasnya sebagai pemimpin negara, sebagai Perdana Menteri Turki. Selain sejumlah prestasi yang telah dikuirnya semasa dirinya menjabat sebagai PM dan memajukan Turki dalam pelbagai bidang secara signifikan, Erdogan juga adalah sosok yang sederhana, bersahaja, memperhatikan kesejahteraan rakyatnya, serta memiliki semangat patriotik dan nasionalisme yang tinggi.

Nasionalisme dan kecintaan Erdogan terhadap negeri yang dipimpinnya itu kembali ia tunjukkan di hadapan dunia baru-baru ini, yaitu pada forum negara-negara anggota G-20 yang beberapa hari lalu digelar di Boston, USA.

Saat sesi pemotretan, para pemimpin negara anggota G-20 maju ke panggung yang telah di sediakan. Di lantai panggung itu, ditempelkan bendera masing-masing negara, sebagai tempat para pemimpin negara yang bersangkutan itu berdiri.

Sesaat ketika pemimpin negara G-20 itu naik panggung, hampir semua sorot mata hadirin dan juga sorot kamera para wartawan tertuju pada pemimpin Turki, pada Erdogan. Erdogan tidak seperti para pemimpin negara lainnya yang langsung berdiri dan "memasang muka", melainkan membungkukkan badan, memungut bendera negaranya yang tertempel di lantai itu, lalu memasukkannya ke dalam saku.

Sontak saja, para wartawan pun tak ingin ketinggalan momen menarik itu. Mereka pun berebutan memotret dan men-shoot aksi Erdogan dengan kamera mereka. Tak sedikit dari mereka yang bertepuk tangan.

Aksi Erdogan kali ini bukanlah kali pertama. Pada pertemuan G-20 sebelumnya, Erdogan juga melakukan aksi serupa, begitu juga di beberapa forum internasional lainnya.
Wajar kiranya, jika dengan sikap-sikap patriotiknya itu, Erdogan menjadi pemimpin terpopuler Turki sepanjang sejarah modern negeri itu--pasca revolusi Kemal Ataturk.(fq/wb)

sumber berita: Abu Muslim

Keikhlasan dalam beramal...

Bismillah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah Azza Wajalla, pemilik seluruh alam maya kerana memberi kesempatan utk ana terus memberi... kerana erti hidup pada memberi....


Ramadhan datang lagi... Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana terpilih dalam kalangan mereka yg masih memperoleh nikmat Ramadhan.. dalam kesungguhan kita berlumba-lumba meningkatkan amalan dalam bulan yg mulia ini, terkadang kita terlepas pandang utk menjaga aspek yg terpenting dalam ibadah iaitu IKHLAS... sudah tentu artikel yg ditulis ini bertujuan utk mengingatkan diri ini yg sering lupa & mereka yg turut sudi utk mengutip 'ibrah drnya... Baru-baru ini ana terbaca sebuah kisah yg dimuatkan dlm majalah SOLUSI keluaran isu no.10 (Berkesankah Solat dan Puasa Kita?)yg ana rasa cukup sesuai dikongsikan bersama khususnya dalam bulan yg penuh dgn keberkatan ini... Kisahnya berkisar tentang Ikhlas...

Guru: Mari kuajarkan tentang ikhlas
Murid: Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya
Guru: Tak payah, bawa saja karung guni
Murid: Karung guni?
Guru: Ya, lepas tu mari kita sama2 ke pasar
(Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yg berbatu2)
Guru: Kutip batu2 yg besar dan masukkan ke dalam guni yg kamu bawa itu
(Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu2 besar yg ditemui sepanjang jalan)
Murid: Cukup?
Guru: Belum. Isi sampai karung guni itu penuh
(sampai di pasar mereka tidak membeli apa2. Berlegar2, melihat2 dan kemudiannya beredar. Melihat kepada karung guni yg kelihatan berat itu, org awam di pasar tertarik utk bertanya)
Orang awam 1: Banyak beli barang
Orang awam 2: Wah, tentu mereka ini org kaya! Banyak sungguh barang yang dibeli
Orang awam 3: Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot
(Sebaik kembali, si murid meletakkan guni yg berisi batu2 tadi)
Murid: Oh, letih sungguh... apa yg kita nak buat dgn batu2 ni tuan guru?
Guru: Tak buat apa2
Murid: Eh, kalau begitu letih sahajalah saya
Guru: Letih mmg letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas... kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal
Murid: Dengan memikul batu2 ini?
Guru: Ya. Batu2 ini umpama amalan yg riak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti org2 di pasar tadi memuji banyaknya barangan yg kamu beli. Tapi kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan mahupun keperluan, tetapi hanyalah batu2.....
Murid: Amal yg tidak ikhlas umpama batu2 ini?
Guru: Ya hanya berat saja ditanggung. dipuji org, tp tidak ada nilainya di sisi Allah. Yg kamu dpt hanya penat
Murid: Ya, sekarang saya faham apa akibat jika tidak beramal dgn ikhlas!

Pengajaran: Ramai manusia tertipu dlm beramal krn mengharapkan pujian. Padahal kata2 pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa krn terpaksa hidup dlm keadaan bermuka2. Rugi benar jika amalan yg kita lakukan tidak ikhlas. Rugi di dunia, rugi di akhirat! Renung-renungkanlah......






Debat vs Syarahan

Bismillah, Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan baginda sallallahu'alaihiwasallam...

Insya-Allah kali ni ana nak citer sket pasal 2 event besar yg ana sertai bulan ni. Pertama, Debat Antarabangsa anjuran MUSLEH.. Yg kedua plak, Syarahan anjuran KPM bahagian swasta...

Alhamdulillah, ana & sahabat2 diberi peluang menyertai "Pertandingan Debat MUSLEH peringkat Antarabangsa" di Hotel Putra, KL pd 9-12 Julai... Sebenarnya 2 minggu sblm kejohanan tu baru kump kami ditubuhkan... nama yg dipilh adlh SOLUSI iaitu penyelesaian... ahli dia terdiri drpd Akmal (2nd speaker) Amir (3rd speaker) Aiman (reserve) & ana sendiri (1st speaker)...

Satu permulaan yg baik la bagi kami sume sbb first time debat tp mampu masuk quarter final... sumenye rezeki dr Allah 'Azza Wajalla... 1st match kami lwn ngan Hira', Jeram (kalah)... 2nd match dgn Islah, SP (kalah jugak)... 3rd match dgn Swing Team (Alhamdulillah, kemenangan pertama)... match yg last plak dgn Islah, Tok Pedu (Alhamdulillah, menang jgk)Lpas dah abih diorang kira mata, margin & others... tengok2 km antara 8 sek yg b'jaya masuk quarter final... tp dok ranking yg ke-8 (ok la tu kan)... Lpas tu kami lawan dgn Al-Amin, Gombak (ranking pertama).. confirm la kalah kan... tp kami bangga arr jugak dpt lwn dgn Juara debat tu kat quarter lg.he..he..he...

So, lpas tu kami pun jadi pemerhati je la.. masa tu ana kalut arr jgk sbb kena berlatih utk syarahan plak... Lpas dah abih debat tu kami sume gi Petrosains.. dah lama x pergi.. menggamit memori!

Pastu kami pun b'tolak balik... pagi esoknya orang JPN dtg nak nengok ana try buat syarahan... ana pun pakai sakan la (sbb pengetua suroh) siap dgn kot & tie skali... Macam2 soalan & sapaan keluar.. Antaranya, eh anta ni budak baru ke?.. Assalamualaikum bos!... dan yg paling x leh lupa bebudak tanya.... abang dah jd Ustaz ke?... masa ni baru la ana rasa macam mana jd org asing @ ghuraba'...

Esoknya ana, Ust Fadhli, Syahir & Amin (observer @ assistant) pun bertolak ke JPN, Alor Setar... dr sana kami bertolak naik bas KPM... Oklah, stakat ni lah dulu, byk lg mende yg nak ana kongsi wak2 pi syrahan tp smbg nnti la plak...

Tp x lupa jgk ana nak ucapkan trima kasih dekat Kak Syifa' (our trainer) Mlmh Sarilah yg turut membantu & Ust. Fadhli yg sanggup drive jauh2.. x lupa jgk utk sume yg terlibat sama ada secara langsung atau x... Hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian... Wallahu ta'ala a'lam....





Kader-kader Da'wah

Bismillah....
Untuk post kali ni ana ada satu perkara yang nak dikongsikan...
Sebenarnya dah lama ana nak kongsi tapi x sempat nak tulih... Alhamdulillah hari ni di beri kesempatan oleh tuhan Rabbul Jalil untuk menulis (menaip sebenaunya) & sama2lah kita mengutip 'ibrah dari kisah ini insya-Allah...



Al-Kisahnya begini, pada suatu hari Jumaat yg tak brapa nak panas, dalam bulan Februari @ Mac (x brapa nak ingat sebab dah lama) ana & sahabat2 pown berjalan utk Solat Jumaat kat Masjid Gelong... Hari tu ana, Omar, Syahir & beberapa rijal lain pown berjalan skali.... Jalan, punya jalan, punya jalan...tiba2...

sampai la kan... masjid tu bukannya jauh sgt... sampai kat masjid ana pun trus menuju ke bilik kecik... Omar & Syahir plak pergi amik wudhu'... Pastu ngan x semena2 diorang ternampak sorang pak cik yg amik wudhu'... besa la kan, nak solat kene la amik wudhu'... tp pak cik ni dia semangat t'lebih... nak tau sebab pa... dia tarik seluaq dia sampai ke paha (terzahirlah kepala lutut yg x bley diselindung lg)... pastu 2 orang sahabat ana tu trus terkesima:)pastu diorang rancang nak tegur pak cik tu tp takut dia marah plak (kan dia makan garam lg awal dr kami sume)...

Pikir punye pikir, pastu depa (Syahir & Omar)pun setuju nak buat satu lakonan... Syahir pun pi la amik wudhu' sambil tarik seluar mcm pak cik tu... pastu Omar pun pi la tegur, nasihat & tunjuk cara yg betul kat Syahir dgn harapan pak cik tu pun perasan... Actually, ana x de pun wak2 tu.. pi mana yek? sila rujuk petikan di atas sana, terima kasih... Lpas tu Omar yg mai citer kat ana

Cuba kita pikir2 balik.. kisah diorang ni mcm kisah Saidina Hassan & Saidina Husein kan... Ana pun rasa bangga walaupun ana x de skali masa tu... Semoga peribadi mereka berdua (Omar & Syahir) kelak seteguh peribadi Saidina Hassan & Saidina Husein... Ya Allah,jadikan kami, kader2 da'wah yg sedang direkrut ini agar menjadi seorang da'i yg akn membela agam-Mu dan sentiasa menyuburkan bumi ini dgn haruman da'wah yang terhasil dari kuntuman Taqwa yg terus mekar bemula dari bumi Azhar yg tercinta ini..Ameen..(Takbir!) Semoga Allah sentiasa merahmati & memberkati dan menetapkan hati dan jiwa kita atas jalan ini...


Pengalaman Mengajar Erti Hidup...

Bismillah, Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Illahi di atas segala kurniaan yg diberi sehingga hamba-Mu yg lemah ini masih dapat menikmati kehidupan yg diberi hingga saat ini.... Selawat dan salam ke atas junjungan besar NabiMuhammad, keluarga serta sahabat baginda.... Alhamdulillah cuti kali ni Allah memberikan peluang utk ana menghadiri program LEADERS di KL dan bercuti ke Singapura.... Banyak sgt pengalamn yg ana dpt dr kedua2nya...

Insya-Allah utk post kali ni ana x citer sgt (memang x citer langsung pon) pasal LEADERS bcoz sahabat2 ana dah cite sumenya dlm blog diorang... siap bg laporan penuh pasal program lg tuh... jadik bg sesapa yg minat nak tahu tu bley la check kat blog diorang... Tp tu x bermakna ana x nak kongsi pape dr prog tuh... sebenarnya LEADERS byk berikan manfaat kpd diri ana dlm persediaan utk menjadi "Future Leader" yg sedia berkhidmat utk ummah (Takbir!!)...

So, skang nie ana nak citer sket pasal Singapura... x byk pown sebenarnya.. maybe dua perkara je... Tp first skali ana nak mintak maaf kat sume student Azhar bcoz ana sorang je yg cuti lebih (jgn marah ye) sebenarnya cuti yg ana mintak ni mmg x bley elak... nak tak nak mmg kena amik jugak (bcoz ada problem sket)..
Straight to the point, kat cni ana nak citer sket ketakjuban ana dgn bangsa cina kat Singapore.. Diorang mula dr bawah.. hanyalah sekadar pedagang atau pekerja bawahan hinggalah menjadi bangsa pemerintah.. org melayu plak terbalik.. dr golongan pemerintah sampai skang ni jd antara golongan minoriti di sana (takut jugak klu Malaysia jd camtu).. semoga kita dpt amik i'tibar dr kegigihan dan kesungguhan diorang... sebenarnya ana x berniat langsung nak sentuh sentimen kaum tp kita bercakap tntg pemerintahan Islam.. daulah islamiyyah takkan lahir tanpa pemerintahan islam dlm sesebuah negara... jd berhati2 & pikir2 kan lah...

Ok, skang nie ana nak citer plak pasal pengalaman ana kat Bugis Street(dlm Singapore la jugak)... nasib baek la tu termasuk dlm pakej klu x taubat lahom tak mau pi sana... nak tau sbb apa? Masya-Allah ramai btul org yg berpakaian tp berbogel... nasib baik la sumenye cina... masa tu hanya Allah je yg tahu betapa peritnya nak kawal pandangan mata nie (syaitan pun tengah aktif memanah masa tuh)... mudah2an Allah x hilangkan hafalan Quran ku... keadaan macam nie sebenarnya bukan org cina kat Singapore je tp hakikatnya orang melaya di Malaysia ni jugak x terlepas sama.. 2x5 jew... Cuba kita sume singkap balik kasih sayang dan rahmat Allah terhadap kita (umat Nabi Muhammad s.a.w) berbanding umat terdahulu.. Kalau Nabi Adam melakukan maksiat dalam keadaan berpakaian (makan buah khuldi) dan Allah memberikan hukuman dgn menanggalkan pakaian dan mencampakkannyake bumi.. tp manusia kini melakukan maksiat dalam keadaan tidak berpakaian dan Allah masih memberi nikmat pakaian kpd mereka.. kerana apa?.. kerana Allah masih ingin memberikan peluang kpd kita utk bertaubat.. tetapi sekadar manakah kita memanfaatkannya?...

Mungkin ada orang yg masih x paham kenape tajuk post ni "pengalaman mengajar erti hidup"... Sebenarnya ana nak citer dekat cni bagaimana kita nak menghadapi satu situasi yg mampu mematangkan diri dan mengajar erti kehidupan sebenar... sebenarnya banyak lagi pancaroba, dugaan, godaan dan halangan yg harus kita tempuhi sebagai hamba-Nya yg lemah lg kerdil di muka bumi ini... syaitan tidak akan pernah sesekali berhenti dari menyesatkan kita (manusia)... jadi apa perisainya... IMAN dan TAQWA... bukannya ana nak kata yg ana ni kuat sgt imannya.. tp hakikatnya dgn nikmat iman dan islam yg dikurniakan pada diri inilah ana merasakan yg ana sedang berhadapan dgn suatu kemungkaran yg sgt besar... dan pengalaman yg telah ana lalui tu dpt mematangkan diri utk sentiasa jg iman walau di mana saja kita berada... kerana kita akan menjadi mulia dgn islam,dan akan selamat dgn menjadikan iman satu perisai yg utuh dlm diri kita...

minta maaf bebanyak kalau apa yg ditulis ni sukar utk difahami... tp inilah luahan dr hati yg kerdil ini yg sentiasa meronta2 ketikamana melihat maksiat yg tak pernah jemu bermaharajalela di muka bumi ini... Ya Allah selamatkanlah kami (hamba mu yg beriman) dari tergolong di kalangan mereka yg sentiasa melakukan maksiat kepada-Mu dan peliharalah diri kami ini dari azab dunia mahupun akhirat....

Bicara Syukur...

Bismillah.. Alhamdulillah.. selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Insya-Allah utk post kali ni ana nak mengajak semua pembaca dan diri ana sendiri menyelami semula hakikat syukur dalam diri kita & mengukur seteguh manakah iman kita....

Kadang2, sepanjang kita meniti & mengharungi liku2 jalan da'wah ini... ada kalanya kita tersungkur... tiba2 berlaku perubahan drastik pd ruh (spiritual) kita... Solat semakin tidak khusyuk... Kaki terkadang terasa berat utk melangkah ke masjid utk solat berjama'ah... Ghairah qiamullail kian memudar... kecintaan kpd dunia kian meluap2... lupa utk mengungkapkan kalimah syukur... semakin akrab dgn dosa & maksiat... tidak mengingati mati, bahkan tampil "dingin" saat mendengar atau melihat kematian... sukar menitiskan air mata taubat...dan masalah2 lain yg tidak kurang bahayanya...

Syaitan pernah berkata & direkodkan dlm surah Al-A'raf ayat 16-17 yg mafhumnya "saya pasti menghalangi mereka dari jalan yang lurus. Kemudian saya pasti mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur". Ayat tadi mengisahkan tentang janji syaitan kpd Allah utk menyesatkan anak keturunan Nabi Adam a.s setelah diusir dan dilaknat... Tetapi di sini syaitan telah membuka satu hakikat penting yang kurang diberi perhatian melalui ayat "Dan engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur" yg membawa maksud org yg selamat di antara mereka ialah org yg b'syukur...

Ramai antara kita yg memahami bahawa syukur hanyalah sekadar memuji dgn lisan... hakikatnya Rasulullah sendiri menerjemahkan kesyukuran baginda dalam tindakan nyata... buktinya adalah sewaktu Saidatina Aisyah bertanyakan mengenai Qiamullail baginda yang mengakibatkan kaki baginda membengkak... dengan takjub & penuh tanda tanya Aisyah berkata "Engkau masih berbuat seperti ini padahal Allah telah mengampuni dosa2 silammu & dosa2 mu yg mendatang"... Rasulullah s.a.w bersabda "Apakah aku tidak boleh menjadi hamba yg bersyukur"... kisah tadi menjelaskan bahawa syukur menurut baginda adalah keupayaan seluruh organ tubuh utk mengerjakan apa saja amalan yg diredhai oleh pemberi nikmat iaitu Allah s.w.t... Subhanallah, betapa besarnya pengertian syukur di sisi seorang Rasul...

Ibnu Qayyim rahimahullah pernah menjelaskan bahawa "Syukur adalah dengan terlihatnya tanda2 nikmat Allah pd lidah hamba-Nya dlm bentuk pujian, di hatinya dlm bentuk kecintaan, dan pada organ tubuh dlm bentuk tunduk dan taat"... Kata2 td menjelaskan bahawa bentuk syukur yg sebenar ialah lidah tidak menyanjung selain Allah & tidak lupa utk menyebut nikmat2 yg telah dikurniakan kpd kita... hati pula tidak pernah mengasihi sesuatu yg lain selain-Nya... kalaupun mencintai org lain maka dia mencintainya kerana Allah... kemudian cinta ini dialihkan ke seluruh tubuh utk melaksanakan apa saja yg diperintahkan oleh kekasih (Allah) dan menjauhi kesemua larangan-Nya... itulah gambaran kpd perasaan syukur yg tulen & sejati...

Ibnu Qayyim jg ada mengungkapkan bahawa "Syukur seseorang terasa lengkap jika ia memenuhi tiga syarat dan dia dikatakan org yg bersyukur jika memenuhi ketiga syarat itu... Ketiga syarat tersebut adalah:
1) Mengakui nikmat Allah pd dirinya
2) Menyanjung Allah atas kurniaan tersbut
3) Menggunakan nikmat tersebut bg memperoleh keredhaan-Nya"
Mengakui nikmat Allah ta'ala kpd kita boleh dilakukan dgn cara menyatakan bahawa nikmat tersebut murni berasal dr Allah ta'ala... jika kita mengakui bahawa kesemua nikmat yg kita perolehi berasal dr Allah maka kita akan bersegera menyanjungi-Nya atas nikmat2 tersebut... Jika seseorang meyakini bahawa Allah ta'ala adalah pemberi nikmat dan menyanjungi-Nya maka sudah tentu dia tidak akan sesekali menggunakan nikmat-Nya ke arah kemaksiatan... Jd syukur mampu membuktikan bahawa ianya akn memberikan kebahagiaan yg sejati kpd hamba-Nya (manusia) di dunia mahupun di akhirat... Jd bersyukurlah kita agar kita memperoleh keberkatan dr Allah dan Allah ta'ala pasti menambahakan nikmat-Nya kpd kita kerana janji-Nya adalah janji yg benar....

"Sesungguhnya jika kalian bersyukur, Kami pasti menambahkan (nikmat) kepada kalian." Ibrahim:2

Insya-Allah sekadar ini sajalah perkongsian yg dapat ana sampaikan... semoga kita semua dapat mengutip 'ibrah utk dijadikan pedoman dlm kehidupan... kalau ada yg salah tlg tegur tau... biasalah, semua manusia akan melakukan kesilapan tp peringatilah kerana peringatan itu memberi manfaat kpd org mu'min... Wallahu ta'ala a'lam....

Rujukan: Taujih Ruhiyah (Abdul Hamid Al-Bilali) & tazkirah Akh Akmal...

A.C.E Programme

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, akhirnya dpt jg "post" artikel br...maklumla plajar tahfidz...blog pun dah smakin bersawang nie...
Anyway ana nak citer sket tntg satu prog yg km wat kat skolah baru-baru nie (28 Feb)... nama prog tu A.C.E. Programme...spatutnya prog tu dijlnkan awal bln Feb tp t'paksa tangguh sbb ada problem sket...
Prog ni bertujuan nak bg pendedahan khususnya kpd remaja tntg aurat & couple... utk prog kali ni ana dipertanggungjawabkan utk jd pengarah... Alhamdulillah sumenye b'jln lancar...
Prog tu mula dgn taklimat dlm pkl 8 pg olh kem komanden... pastu kitorang b'gerak ke bilik seminar utk dgr ceramah... ceramah couple disampaikan olh kak Ayu...best woo...satu pendedahan yg cukup padat...ceramah aurat plak disampaikan olh Dr. Wan (ex-naqib ana tuh)..mula2 tu penceramah dtg lewat sket... ana pun start panic la... nasib baik la ada sorang sahabat ana nie dia tolong tunjuk vid2 yg dia ada siap penerangan skali... terpegun ar jgk ana dengau dia punya penerangan..POWER..tp jgn la bangga lelebih plak ye klu bc post ana ni (takut timbul riak plak).. lps tu ceramah pun mula cam besa..mula2 tu ramai la jgk org tidur..besala ceramah bentuk serius (penerangan fakta tntg aurat)...tp waktu soal jawab tu punyala riuh sampai Dr. Wan x larat nak jawab... Lpas tu plak kita buat p'tandingan busana muslim..(banat buat kat bilik len).. sume kump mesti bawak sorang model utk peragakan pakaian yg diorang buat dr kertas & surat khabar... mcm2 rupa jdnya...lpas tu kami berenti rehat utk solat & mkn.
Ptg tu plak dlm pkl 3 kami start prog explorace... mcm2 cabaran yg t'paksa dihadapi... penuh reaksi & emosi... tp yg best nye ada cp tambahan iaitu mkn... kebetulan hr tu Dr. Isa (speaker Kedah) wat kenduri sket.. kump2 yg nak pi cp 4 pun pakat pi pekena sepinggan la.. ana pun join sekaki gak (rezeki x leh tolak..he..he..) Explorace pun tamat dlm pkl 5 & lpas tu kitorang berenti utk solat,ma'thurat n minum ptg (mkn lg..prog ni asyik makan jew..) Lpas tu wat resolusi n penutup.. pengetua ada berucap sket n diakhiri ngan penyampaian hadiah..program tamat dlm pkl 6.30 ptg...
Alhamdulillah, respon dr peserta sgt positif...sumenye kate best!!... InsyaAllah klu ada klapangan kami akn anjurkan prog lg...Trimas kpd sume fasi n AJK prog yg sibuk bekerja utk pastikan prog ni b'jln lancar...Setinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Illahi di ats sgala bantuan yg diperoleh tnpa disangka2...manusia hanya merancang ttp hanya Allah sahaja yg mampu menentukan..
Tp keje da'wah ni tak terenti stakat nie.. byk lg tanggungjawab n cabaran yg akan dihadapi. Doakan supaya kita sume khususnya penggerak remaja sentiasa thabat di atas jln ini.. Wallahualam (insya-Allah klu ada gambar nnti ana akn post)