Bismillah.. Alhamdulillah.. selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Insya-Allah utk post kali ni ana nak mengajak semua pembaca dan diri ana sendiri menyelami semula hakikat syukur dalam diri kita & mengukur seteguh manakah iman kita....
Kadang2, sepanjang kita meniti & mengharungi liku2 jalan da'wah ini... ada kalanya kita tersungkur... tiba2 berlaku perubahan drastik pd ruh (spiritual) kita... Solat semakin tidak khusyuk... Kaki terkadang terasa berat utk melangkah ke masjid utk solat berjama'ah... Ghairah qiamullail kian memudar... kecintaan kpd dunia kian meluap2... lupa utk mengungkapkan kalimah syukur... semakin akrab dgn dosa & maksiat... tidak mengingati mati, bahkan tampil "dingin" saat mendengar atau melihat kematian... sukar menitiskan air mata taubat...dan masalah2 lain yg tidak kurang bahayanya...
Syaitan pernah berkata & direkodkan dlm surah Al-A'raf ayat 16-17 yg mafhumnya "saya pasti menghalangi mereka dari jalan yang lurus. Kemudian saya pasti mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur". Ayat tadi mengisahkan tentang janji syaitan kpd Allah utk menyesatkan anak keturunan Nabi Adam a.s setelah diusir dan dilaknat... Tetapi di sini syaitan telah membuka satu hakikat penting yang kurang diberi perhatian melalui ayat "Dan engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur" yg membawa maksud org yg selamat di antara mereka ialah org yg b'syukur...
Ramai antara kita yg memahami bahawa syukur hanyalah sekadar memuji dgn lisan... hakikatnya Rasulullah sendiri menerjemahkan kesyukuran baginda dalam tindakan nyata... buktinya adalah sewaktu Saidatina Aisyah bertanyakan mengenai Qiamullail baginda yang mengakibatkan kaki baginda membengkak... dengan takjub & penuh tanda tanya Aisyah berkata "Engkau masih berbuat seperti ini padahal Allah telah mengampuni dosa2 silammu & dosa2 mu yg mendatang"... Rasulullah s.a.w bersabda "Apakah aku tidak boleh menjadi hamba yg bersyukur"... kisah tadi menjelaskan bahawa syukur menurut baginda adalah keupayaan seluruh organ tubuh utk mengerjakan apa saja amalan yg diredhai oleh pemberi nikmat iaitu Allah s.w.t... Subhanallah, betapa besarnya pengertian syukur di sisi seorang Rasul...
Ibnu Qayyim rahimahullah pernah menjelaskan bahawa "Syukur adalah dengan terlihatnya tanda2 nikmat Allah pd lidah hamba-Nya dlm bentuk pujian, di hatinya dlm bentuk kecintaan, dan pada organ tubuh dlm bentuk tunduk dan taat"... Kata2 td menjelaskan bahawa bentuk syukur yg sebenar ialah lidah tidak menyanjung selain Allah & tidak lupa utk menyebut nikmat2 yg telah dikurniakan kpd kita... hati pula tidak pernah mengasihi sesuatu yg lain selain-Nya... kalaupun mencintai org lain maka dia mencintainya kerana Allah... kemudian cinta ini dialihkan ke seluruh tubuh utk melaksanakan apa saja yg diperintahkan oleh kekasih (Allah) dan menjauhi kesemua larangan-Nya... itulah gambaran kpd perasaan syukur yg tulen & sejati...
Ibnu Qayyim jg ada mengungkapkan bahawa "Syukur seseorang terasa lengkap jika ia memenuhi tiga syarat dan dia dikatakan org yg bersyukur jika memenuhi ketiga syarat itu... Ketiga syarat tersebut adalah:
1) Mengakui nikmat Allah pd dirinya
2) Menyanjung Allah atas kurniaan tersbut
3) Menggunakan nikmat tersebut bg memperoleh keredhaan-Nya"
Mengakui nikmat Allah ta'ala kpd kita boleh dilakukan dgn cara menyatakan bahawa nikmat tersebut murni berasal dr Allah ta'ala... jika kita mengakui bahawa kesemua nikmat yg kita perolehi berasal dr Allah maka kita akan bersegera menyanjungi-Nya atas nikmat2 tersebut... Jika seseorang meyakini bahawa Allah ta'ala adalah pemberi nikmat dan menyanjungi-Nya maka sudah tentu dia tidak akan sesekali menggunakan nikmat-Nya ke arah kemaksiatan... Jd syukur mampu membuktikan bahawa ianya akn memberikan kebahagiaan yg sejati kpd hamba-Nya (manusia) di dunia mahupun di akhirat... Jd bersyukurlah kita agar kita memperoleh keberkatan dr Allah dan Allah ta'ala pasti menambahakan nikmat-Nya kpd kita kerana janji-Nya adalah janji yg benar....
Insya-Allah sekadar ini sajalah perkongsian yg dapat ana sampaikan... semoga kita semua dapat mengutip 'ibrah utk dijadikan pedoman dlm kehidupan... kalau ada yg salah tlg tegur tau... biasalah, semua manusia akan melakukan kesilapan tp peringatilah kerana peringatan itu memberi manfaat kpd org mu'min... Wallahu ta'ala a'lam....
'Eid Mubarak...
14 tahun yang lalu
1 ulasan:
....Salam....
Post yang mantap, menggugah spiritual org2 yang lalai... insyaAllah...mungkin kita pernah mendengar para2 sahabat & salafussoleh dahulu ada yang beribadah kepda Allah taala dengan solat2 yang beribu2 rakaatnya, berzikir siang dan malam dan lain.. Bahkan Rasullullah SAW manusia yang dijanjikan syurga serta diampunkan segala dosa2 nya yang terdahulu serta yang akan datang menyembah ALlah sehinggga lebam serta bengkak kakinya.......
....Persoalan ....Moga kita dapat bezakan diantara perbuatan orang yang merasakan tanggungjawab (taklif) dan orang yang melakukan sesuatu perkara kerana syukurnya kepada Allah terhadap nikmat2-Nya yang tidak terhitung....Tidak hairanlah jikalau kita mendapati diri ini malas2 ,, merasa berat dalam beribadat kepada Allah , mungkin kita merasakan ia satu "tanggungjawab" taklif atau beban berbanding mereka yang beribadat kepada ALlah atas rasa syukur .......
,,,,,.....
..... Muhasabah Cinta Mu....Ku....
Catat Ulasan