Islam: Semalam, Kini dan Esok



Bismillah, Alhamdulillahirabbil ‘alimin, wassolatiwassalamu ‘ala rasulihil amin, wa ‘ala alihi waashabihi ajmain, waba’du…..

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah s.w.t. atas segala kurniaan dan nikmat yg telah diberikan sepanjang kehidupan yang singkat ini….semoga kita semua mampu melalui kehidupan dengan mengerti hakikat menjadi seorang ‘abid dan khalifah….pemikul tanggungjawab dakwah demi meraih “khaira ummah”…sudah terlalu lama kiranya ana tak memberi sebuah perkongsian....menyedari hakikat hidup untuk memberi...digagahkan jua untuk memberi sesuatu demi kebaikan setiap insan yang membaca.....meskipun dengan penulisan yang penuh kekurangan...

Ana tidaklah bertujuan menyampaikan sesuatu yang baru…malah bagi golongan yang telah lama dalam tarbiyah, mungkin artikel ini tak menjanjikan sebarang ilmu baru….namun contohilah kewarakan Saidina Umar Al-Khatab dalam menerima ilmu daripada sesiapa sahaja tanpa membezakan umur dan personaliti. InsyaAllah ana akan berkongsikan taujihat menerusi buku Super Mentoring dan Taujih Ruhiyah yang diharapkan dapat menghidupkan hati kita semula. Islam: semalam, kini dan esok menjadi maudu’ perbualan….ayuh hayati intipati yang diberikan….moga bakal membuahkan sebuah perubahan!

“Dan bahawasanya tentera Kami (Pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang Yang mengalahkan (golongan Yang menentang kebenaran).” (37:173)

Selaku umat Islam yang beriman dengan kitab Al-Quran seharusnya kita bersikap optimis terhadap janji Allah bahawa kemenangan Islam adalah suatu kepastian….Cuma masa yang kita hitungkan….namun begitu, adakah kita mahu menolak peluang untuk menjadi salah sebuah bata yang mampu mengutuhkan jentera Islam dalam mengembalikan era kegemilangan dan memilih untuk berada di luar lingkup sejarah yang agung….tidakkah timbul keinginan jika kita yang bakal bergelar, Salahuddin ke-2, atau Sultan Muhammad Al-Fatih ke-2?…jika agak jauh prestasi mereka…sekurang-kurangnya jadikan diri kita tentera yang tidak kurang utuh keimanan mereka….berjuang di bawah panji pemimpin berwibawa demi syahid atau kemenangan!.. Bagi mereka yang tidak serius dalam usaha ini cukuplah untuk mereka bermain dengan kehidupan dunia….namun pastikah di akhirat kelak kita akan terus bermain?...tepuk dada tanya Iman!

Semalam
“Sebaik-baik umatku adalah pada abadku ini, kemudian yang sesudahnya dan yang sesudahnya. Kemudian sesudah mereka muncul suatu kaum yang memberi kesaksian tetapi tidak boleh dipercayai kesaksiannya. Mereka berkhianat dan tidak boleh diamanahkan. Mereka bernazar (berjanji) tapi tidak menepatinya dan mereka kelihatan gemuk-gemuk.” (H.R. Tirmidzi)
Islam telah melalui kemuncak kegemilangan yang belum terulang hingga kini. Islam menjadi pusat peradaban dunia, dalam ilmu dan pendidikan, pemerintahan dan keadilan, akhlak dan keagungan. Semua ini adalah ketika ummat berjalan bersama Islam. Setelah manusia mula meninggalkan Islam, yang terjadi adalah potret kehidupan Islam di masa kini.

Kini
Pelbagai gambaran yang mencirikan keadaan umat Islam kini yang disifatkan tidak berdaya. Lihatlah keadaan ummat Islam khusunya negara dunia ketiga yang mengalami pelbagai penindasan dan penganiayaan, diwarnai kemiskinan dan kebodohan. Amatilah hadis berikut
“Akan datang suatu masa, di mana kalian seperti makanan yang diperebutkan.” Sahabat bertanya “adakah jumlah kita pada masa itu sedikit, ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Tidak, melainkan jumlah kalian banyak, tetapi kalian laksana buih di lautan(banyak tetapi tidak berdaya)”…..adakah kita hendak terus menjadi buih-buih yang tiada nilaiannya?...it’s in your hands!

Esok
“Kenabian ini akan berjalan di tengah-tengah kamu sampai masa yang dikehendaki oleh Allah, kemudian diangkat-Nya bila Dia kehendaki. Kemudian akan muncul zaman khalifah yang berdiri atas manhaj nubuwwah, pemerintahan yang murni itu berpegang teguh kepada Islam, yang demikian itu hingga masa yang dikehendaki Allah, kemudian diangkat-Nya bila Dia kehandaki. Kemudian setelah masa itu ada raja yang zalim sampai masa yang dikehendaki. Kemudian muncul khalifah yang berdiri atas manhaj nubuwwah”. Kemudian Rasulullah s.a.w diam. Disebutkan oleh Huzaifah, marfu’ dan diriwayatkan oleh Al-Iraqi dari jalan Ahmad, dia berkata: Ini hadis sohih.
Kebangkitan Islam di serata dunia kini menjadi tema menarik yang kerap dibicarakan, kerana kebangkitan itu jugalah yang telah dibicarakan dalam hadis di atas. Sesetengah berpendapat, diamnya rasulullah menandakan berakhirnya zaman ketamadunan manusia…dan sekarang kita sedang memasuki fasa yang terakhir…fasa kemunculan semula khalifah yang berdiri atas manhaj nubuwwah..

ayyuhal ikhwah, menyedari hakikat ini mampukah lagi untuk kita sekadar bermain-main dalam kehidupan…kutiplah sebanyak mana pedoman sebagai bekalan menghadapi zaman fitnah ini….belajarlah dari generasi pertama Islam yang tidak memandang remeh dosa dan perkara syubhat. Ubadah bin Shamit radiallahuanhu berkata pada generasi tabi’in “Kalian mengerjakan perbuatan yang lebih kecil dari rambut menurut pandangan kalian, namun kami melihatnya sebagai dosa yang besar pada zaman Rasulullah.”…Itu yang dikatakan Ubadah kepada generasi tabi’in. Bagaimana kalau dia melihat generasi kita sekarang? Rasanya apa yang akan dia katakan? Jangan kita lupa juga untuk menyuburi kehidupan dengan akhlak Islam kerana tertegaknya Islam dahulu atas dasar tertegaknya akhlakul karimah dalam diri setiap muslim…..

Bukan Terbenamya Matahari, Hanya Gerhana Yang Menutupi, Yakinlah Dengan Kebangkitan Islam!