-Salahuddin II (insyaAllah) disamping replika Salahuddin Al-Ayyubi
-satu family depan piramid Giza
"Katakanlah (Muhammad) berpergianlah (bermusafirlah) kamu di bumi ini dan lihatlah bagaimanna kesudahan orang-orang yang sebelummu. Kebanyakan mereka adalah orang-orang yang mempersekutukan Allah" -Surah Ar-Rum:42...tuntutan yg sama juga Allah ulangi dalam Surah Ali-Imran:137, Surah Al-An'am:11, Surah An-Nahl:36, Surah An-Naml:69, Surah Al-Ankabut:20...
Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar…maha suci Allah yg maha berkuasa mengurniakan nikmat kpd semua makhluk di muka bumi ini tanpa henti…
kesemua ayat di ats td menunutut supaya kita bermusafir & mengutip 'ibrah dr kehidupan...insyAllah kali ni ana nak kongsikan peluang yg Allah berikan utk ana berpijak di bumi Mesir utk tatapan bersama...semoga Allah memelihara hati ini dr timbul sifat riak & terhindar dr fitnah masyarakat yg semakin hari semakin besar ancamannya kepada kita...
“Dreams become reality”…betul ke aku dah sampai Mesir nie… sapaan jiwa yg pertama dr atas flight… menjejakkan kaki di ardhul kinanah, menghirup udara yg pernah dihirup olah Nabi Musa fuh hiperbola tuh dan menyaksikan sendiri bumi yg telah melahirkan ramai ulama’ di dunia adlh satu nikmat yg cukup besar dalam hidup…maha suci Allah ats segalanya.. semoga aku t’golong di kalangan hamba yg sentiasa m’hitung & m’syukuri nikmatMu
“Usamah tau tak orang Mesir ni bg maksud perkataan Mesir sbg م-Mehnah ص-Sabar ر-Redha..” sedikit intro dr kak ngah… mungkin supaya ana lebih bersedia m’hadapi sebarang kemungkinan…tribulasi mungkin…
"أم الدنيا" itulah nama jolokan bg bumi Mesir oleh penduduknya…masa kat sana x t’lintas plak nak tanya kenapa Ummuddunia? Tp bila dah balik Ust. Hassan pun tanya ana sbb apa depa sebut ummuddunia… ana ingatkan sebab Mesir ni t’golong dlm tamadun tertua di dunia… rupa2nya sbb kat Mesir ni ada sume yg kita nak… baik ada, jahat pun ada… ulama’ ada, org jahil pun ada, Ikhwan Muslimin pun b’tapak di Mesir, tak kurang ramainya juga pemimpin yg zalim dr Mesir… nasihat ana utk sahabat2 sume MENGEMBARALAH!...bak kata Ust. Hasrizal dlm buku Bercinta Sampai Ke Syurga… mengembara amat sinonim dgn penuntut ilmu zaman b’zaman ..mereka yg ada misi & visi yg besar akn mengembara.. namun begitu, mengembara bukan hanya bermaksud merentas sempadan tetapi mengembara adlh bila kita keluar dr zon selesa menuju kpd zon cabaran, keluar dr kebiasaan kpd dunia baru, keluar dr rutin harian yg biasa2 utk mencari mutiara hikmah dr kehidupanأو كما قال
Memang byk sgt hikmah+pengalaman baru yg diperoleh sepanjang 12 hari menjadi rakyat Mesir.. rasanya kalau nak kongsi sume mungkin bley buat satu buku khas nih… jd utk tidak mahu memeritkan minda para pembaca yg x sanggup nak baca post panjang2… insyaAllah kali ni ana just bg gambar2 sket sepanjang 12 hr di sana…
24/11 (Rabu)
-flight ke Mesir pkl 1:30pg (wak2 M’sia)
-sampai di airport Mesir pkl 6:20 pg (wak2 Mesir)
-ni la Sungai Neil...
-Melawat Universiti Cairo
25/11 (Khamis)
-Masjid Amru Al-Ash
-Melawat Makam & Masjid Imam As-Syafi'e
-Makam Imam Waqi' (Guru Imam Syafi'e)
-Di hadapan Makam As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
-Masjid Ar-Rifa’i
-kubur Raja Farouk (raja Mesir yg t’akhir)dlm Masjid Ar-Rifa'i
-sekolah utk belajar 4 mazhab yg ada dlm Masjid Sultan Hassan
-Hospital dlm Masjid Sultan Hassan
-Masjid Ibnu Tulun
-Pemandangan Cairo dr ats bukit waktu sunset..subhanallah...
26/11 (Khamis)
-Cairo University (Main campus)
-The Pyramids of Giza
-The Egyptian Perfume Palace
-Papyrus Museum
-Pharaonic village
27/11 (Jumaat)
-Depan Makam Sayyeda Zainab (lepas solat hari raya Aidil Adha)
-korban Pak Arab depan rumah...
-student dr Kedah dok masak utk jamuan hari raya di rumah Malaysia
28/11 (Sabtu)
-depan Hospital...waktu jln2 tepi Sg. Neil
-tgh tunggu metro utk ke muzium (cuba cari ana kat ner..)
-Melawat muzium
29/11 (Ahad)
-Depan Qal'ah Salahuddin di Kota Qaherah
-Masjid Ali Pasya (dlm Qal'ah)
-Masjid Qalawun (dlm Qal'ah)
-Military Museum (dlm Qal'ah)
-Pokok depan Masjid Ali Pasya..Subhanallah...
-Bazaar Hussein – dekat Masjid Al-Azhar dan Saidina Hussein
30/11 (Isnin)
-shopping kat City Star
-Bazaar Sayyeda Zainab(background Masjid Sayyeda Zainab-cucu Rasulullah s.a.w)
-singgah minum 'asir (jus buah) waktu balik...sedap woo...alhamdulillah
1/12 (Isnin)
-bertolak ke Alexandria (Iskandariah)
-Makam Abu Darda' r.a(sahabat & perawi hadis)
-Trem di Alex
-depan Masjid Nabi Daniel a.s
-disamping makam Nabi Daniel a.s (warna merah) & makam Luqman Al-Hakim (warna hitam)
-Qal'ah Salahuddin di Alexandria
-Masjid Al-Busairi (tokoh burdah)
-have a break, have a kebab!
-Montaza- Istana Raja Farouk (lambang kekayaan atau kekejaman?...)
-Di perpustakaan Iskandariah
2/12 (Selasa)
-bertolak ke Sinai (Bukit Tursina)-highway dihiasi dgn Asma' Allah
-merentasi padang pasir sahara
-Qal'ah Salahuddin ats satu pulau di pesisir pantai Taba
-melihat 3 negara (Jordan, Saudi & Israel) dr ats jeti
-Ronda kedai2 di Dahab (tepi abah tu Ust Khairul- tourist guide kami)
-budak Arab dekat hotel...cute nyer...(silap x culik..hehe...)
3/12 (Khamis)
-mulakan hari dgn sentuhan laut merah (sejoook!)
-nilah Sinai...
-pokok zaitun
-Makam Nabi Harun a.s
-Ukiran seakan2 lembu...(dipercayai tempat lembu As-Samiri)
-Depan Farmasi Usamah (cawangan Sinai..hehe...)
-Makam Nabi Salleh a.s
-Oasis di padang pasir
-'Uyun Musa (yg Allah kurniakan kpd kaum Yahudi)
4/12 (Jumaat)-Last day..huhu...
-waktu solat Jumaat
-Masjid Hussein (didakwa tempat yg meletakkan kepala beliau yg dipenggal)
-Masjid Al-Azhar-lambaian terakhir utk Mesir
-Menghitung detik terakhir utk berangkat pulang (dekat airport)
Kehidupan 12 hari di Mesir memberikan suatu pengalaman, kesedaran dll yg x mungkin boleh dijualbeli dgn harta...I love My Family so much!
MA'ASSALAMAH YA ARDHUL BARAKAH...WAILALLIQAI INSYAALLAH....
p/s- actually byk lg gambar yg menarik...tp yg ni je yg ana larat upload..wallahua'lam
Bismillah, Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat illahi kerana masih diberi kekuatan untuk membersihkan laman blog yg sekian lama bersawang ini… bukan sebab tak berkeinginan untuk menulis tp faktor masa yg terhad & tak mengizinkan…
Akhi, Istilah murabbi tidak akan dapat dipisahkan dengan dunia haraki Islam… Ia merupakan kunci kecemerlangan yang utama dalam tempoh pembaikan ummat kini… ayuh bersamaku kita selami ulasan Syeikh Hamid Al-Bilali menerusi bukunya yg berudul Al-Mushaffa min Sifhati Ad-Duat (Profil Murabbi Ideal)yg berorientasikan kpd keperibadian murabbi terulung, Rasulullah sallahu alaihi wasallam… pertamanya sekalung p’hargaan kpd akhi Faidhi dr UIA Kuantan sbb tlh m’hadiahkan kpd kami (student azhar) buku ni masa program KONSIS hrtu… semoga Allah memberi ganjaran yg besar kpdnya insyAllah…para murabbi perlu memiliki sifat ini dgn sistematik dan bersesuaian dgn kondisi kita agar dpt tampil dgn profil yg “manis” serta mampu menjadi agen perubahan tanpa menjadi segarang yg distigmakan masyarakat
Syarat-syarat yang Harus Dimiliki oleh Murabbi
Teladan yg baik perlulah ditampilkan oleh seorang murabbi kerana ianya merupakan proses utama pembentukan keperibadian mutarabbi…oleh itu, seorang murabbi yang ingin memiliki keteladanan yang baik perlu melengkapkan dirinya dengan syarat2 berikut:
1- Meyakini fikrah
Bagi membentuk keteladanan diri yg mulia amat perlu bagi seorang da’i meyakini kebenaran apa yg dikatakan.. keyakinan itu pula diterjemahkan ke dalam amal nyata... Syed Qutb berkata “Pertama-tama, hendaklah anda meyakini fikrah anda! Yakini fikrah anda sampai pada tingkatan tinggi! Jika itu anda lakukan, maka orang lain meyakini fikrah anda. Jika tidak maka fikrah anda hanya sekadar redaksi bahasa tanpa ruh dan kehidupan. Fikrah tidak dikatakan hidup selagi tidak menjelma dalam ruh manusia. Seseorang tidak memiliki eksistensi jika ia tidak mengisi hatinya dgn fikrah yang ia yakini dgn hangat dan ikhlas”.
2- Mempelajari ilmu
Murabbi merupakan individu yg plg perlu mempelajari ilmu. Umar b. Khattab radhiallahuanhu berkata “belajarlah kalian sebelum kalian diangkat menjadi pemimpin” dgn ilmu seorng murabbi dapat memastikan kebenaran strateginya dan meluruskan langkah orang lain
3- Berakhlak mulia
Dgn akhlak mulia kita akan mampu berdakwah dan berinteraksi dgn manusia yang pelbagai ragamnya.. antara akhlak yg penting utk dipraktikkan ialah sabar, menyayangi, lemah lembut, tawadhu’ dan bergaul (kamceng) dgn manusia
4- Perbuatan sinkron (selari) dgn perkataan
Syeikh Abdul Karim Zaidan mengategorikan fakta ini sebagai syarat fundamental yg mesti dimiliki oleh seorang murabbi.. jika seorang murabbi memiliki akhlak yg mulia serta perbuatannya pula selari dengan percakapan maka ia akan menjadi da’wah tanpa bicara kpd Islam. Jika tidak, ianya akn menjadi ajakan tidak langsung yg menjauhkan diri seorang mutarabbi dr Islam.
5- Tidak berhenti beramal
Murabbi tdak boleh berhanti dr melakukan amalan yg diperintahkan kpd mutarabbinya tanpa sebarang alas an syar’I atau lupa kerana ianya akan memasukkan murabbi itu dikalangan mereka yg tidak mengerjakan apa yang dikatakan dan mutarabbi juga akan menyangka bahawa amalan tersebut tidaklah menjadi priority yg wajar didahulukan
6- Memeriksa kebenaran (kesahihan) dalil
Seorang murabbi juga perlu memastikan setiap dalil yg disampaikan adalah sahih…jika tidak mutarabbinya juga akan turut melakukan perkara yg sama dan akan menyuburkan budayatidak serius atau berlebih-lebihan dlm menyampaikan risalah Islam
7- Menjauhi hal-hal mubah
Kata Ibnu Qayyim “Orang bijak tidak mengerjakan bayak perkara2 mubah, untuk melindungi diri, terutama jika hal mubah tersebut berada di perbatasan antara halal dan haram”… banyak perkara mubah yg kita lakukan di hadapan mutarabbi kita…kemudian kita mengeluh terhadap sikap negatif pd mereka yg tidak ada sebelumnya…mungkin kita terlupa bahawa mutrabbi turut memerhatikan kontradiksi dr apa yg diucapkan… misalnya seorang itu begitu asyik b’cakap tntg zuhud dan daya tarikan dunia yg penuh kehinaan walhal dia sendiri yg m’amalkannya
8- Sentiasa bermuhsabah
Harus diingatkan, seorang murabbi juga perlu sentiasa bermuhasabah terhadap setiap tingkah mahupun perbicaraannya dan sentiasa menyedari bahawa dia sentiasa menjadi tumpuan orang lain
Jadi berdasarkan lapan ciri2 td, sama-samalah kita berusaha untuk menghayati dgn hati yg bersuluhkan iman dan taqwa agar kita boleh memperbaiki diri kita kea rah yg lebih baik insyaAllah. Wallahua’lam
