Syarat-Syrat Murabbi...




Bismillah, Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat illahi kerana masih diberi kekuatan untuk membersihkan laman blog yg sekian lama bersawang ini… bukan sebab tak berkeinginan untuk menulis tp faktor masa yg terhad & tak mengizinkan…

Akhi, Istilah murabbi tidak akan dapat dipisahkan dengan dunia haraki Islam… Ia merupakan kunci kecemerlangan yang utama dalam tempoh pembaikan ummat kini… ayuh bersamaku kita selami ulasan Syeikh Hamid Al-Bilali menerusi bukunya yg berudul Al-Mushaffa min Sifhati Ad-Duat (Profil Murabbi Ideal)yg berorientasikan kpd keperibadian murabbi terulung, Rasulullah sallahu alaihi wasallam… pertamanya sekalung p’hargaan kpd akhi Faidhi dr UIA Kuantan sbb tlh m’hadiahkan kpd kami (student azhar) buku ni masa program KONSIS hrtu… semoga Allah memberi ganjaran yg besar kpdnya insyAllah…para murabbi perlu memiliki sifat ini dgn sistematik dan bersesuaian dgn kondisi kita agar dpt tampil dgn profil yg “manis” serta mampu menjadi agen perubahan tanpa menjadi segarang yg distigmakan masyarakat

Syarat-syarat yang Harus Dimiliki oleh Murabbi

Teladan yg baik perlulah ditampilkan oleh seorang murabbi kerana ianya merupakan proses utama pembentukan keperibadian mutarabbi…oleh itu, seorang murabbi yang ingin memiliki keteladanan yang baik perlu melengkapkan dirinya dengan syarat2 berikut:

1- Meyakini fikrah
Bagi membentuk keteladanan diri yg mulia amat perlu bagi seorang da’i meyakini kebenaran apa yg dikatakan.. keyakinan itu pula diterjemahkan ke dalam amal nyata... Syed Qutb berkata “Pertama-tama, hendaklah anda meyakini fikrah anda! Yakini fikrah anda sampai pada tingkatan tinggi! Jika itu anda lakukan, maka orang lain meyakini fikrah anda. Jika tidak maka fikrah anda hanya sekadar redaksi bahasa tanpa ruh dan kehidupan. Fikrah tidak dikatakan hidup selagi tidak menjelma dalam ruh manusia. Seseorang tidak memiliki eksistensi jika ia tidak mengisi hatinya dgn fikrah yang ia yakini dgn hangat dan ikhlas”.

2- Mempelajari ilmu
Murabbi merupakan individu yg plg perlu mempelajari ilmu. Umar b. Khattab radhiallahuanhu berkata “belajarlah kalian sebelum kalian diangkat menjadi pemimpin” dgn ilmu seorng murabbi dapat memastikan kebenaran strateginya dan meluruskan langkah orang lain

3- Berakhlak mulia
Dgn akhlak mulia kita akan mampu berdakwah dan berinteraksi dgn manusia yang pelbagai ragamnya.. antara akhlak yg penting utk dipraktikkan ialah sabar, menyayangi, lemah lembut, tawadhu’ dan bergaul (kamceng) dgn manusia



4- Perbuatan sinkron (selari) dgn perkataan
Syeikh Abdul Karim Zaidan mengategorikan fakta ini sebagai syarat fundamental yg mesti dimiliki oleh seorang murabbi.. jika seorang murabbi memiliki akhlak yg mulia serta perbuatannya pula selari dengan percakapan maka ia akan menjadi da’wah tanpa bicara kpd Islam. Jika tidak, ianya akn menjadi ajakan tidak langsung yg menjauhkan diri seorang mutarabbi dr Islam.

5- Tidak berhenti beramal
Murabbi tdak boleh berhanti dr melakukan amalan yg diperintahkan kpd mutarabbinya tanpa sebarang alas an syar’I atau lupa kerana ianya akan memasukkan murabbi itu dikalangan mereka yg tidak mengerjakan apa yang dikatakan dan mutarabbi juga akan menyangka bahawa amalan tersebut tidaklah menjadi priority yg wajar didahulukan

6- Memeriksa kebenaran (kesahihan) dalil
Seorang murabbi juga perlu memastikan setiap dalil yg disampaikan adalah sahih…jika tidak mutarabbinya juga akan turut melakukan perkara yg sama dan akan menyuburkan budayatidak serius atau berlebih-lebihan dlm menyampaikan risalah Islam

7- Menjauhi hal-hal mubah
Kata Ibnu Qayyim “Orang bijak tidak mengerjakan bayak perkara2 mubah, untuk melindungi diri, terutama jika hal mubah tersebut berada di perbatasan antara halal dan haram”… banyak perkara mubah yg kita lakukan di hadapan mutarabbi kita…kemudian kita mengeluh terhadap sikap negatif pd mereka yg tidak ada sebelumnya…mungkin kita terlupa bahawa mutrabbi turut memerhatikan kontradiksi dr apa yg diucapkan… misalnya seorang itu begitu asyik b’cakap tntg zuhud dan daya tarikan dunia yg penuh kehinaan walhal dia sendiri yg m’amalkannya

8- Sentiasa bermuhsabah
Harus diingatkan, seorang murabbi juga perlu sentiasa bermuhasabah terhadap setiap tingkah mahupun perbicaraannya dan sentiasa menyedari bahawa dia sentiasa menjadi tumpuan orang lain
Jadi berdasarkan lapan ciri2 td, sama-samalah kita berusaha untuk menghayati dgn hati yg bersuluhkan iman dan taqwa agar kita boleh memperbaiki diri kita kea rah yg lebih baik insyaAllah. Wallahua’lam

0 ulasan: