Pengalaman Mengajar Erti Hidup...

Bismillah, Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Illahi di atas segala kurniaan yg diberi sehingga hamba-Mu yg lemah ini masih dapat menikmati kehidupan yg diberi hingga saat ini.... Selawat dan salam ke atas junjungan besar NabiMuhammad, keluarga serta sahabat baginda.... Alhamdulillah cuti kali ni Allah memberikan peluang utk ana menghadiri program LEADERS di KL dan bercuti ke Singapura.... Banyak sgt pengalamn yg ana dpt dr kedua2nya...

Insya-Allah utk post kali ni ana x citer sgt (memang x citer langsung pon) pasal LEADERS bcoz sahabat2 ana dah cite sumenya dlm blog diorang... siap bg laporan penuh pasal program lg tuh... jadik bg sesapa yg minat nak tahu tu bley la check kat blog diorang... Tp tu x bermakna ana x nak kongsi pape dr prog tuh... sebenarnya LEADERS byk berikan manfaat kpd diri ana dlm persediaan utk menjadi "Future Leader" yg sedia berkhidmat utk ummah (Takbir!!)...

So, skang nie ana nak citer sket pasal Singapura... x byk pown sebenarnya.. maybe dua perkara je... Tp first skali ana nak mintak maaf kat sume student Azhar bcoz ana sorang je yg cuti lebih (jgn marah ye) sebenarnya cuti yg ana mintak ni mmg x bley elak... nak tak nak mmg kena amik jugak (bcoz ada problem sket)..
Straight to the point, kat cni ana nak citer sket ketakjuban ana dgn bangsa cina kat Singapore.. Diorang mula dr bawah.. hanyalah sekadar pedagang atau pekerja bawahan hinggalah menjadi bangsa pemerintah.. org melayu plak terbalik.. dr golongan pemerintah sampai skang ni jd antara golongan minoriti di sana (takut jugak klu Malaysia jd camtu).. semoga kita dpt amik i'tibar dr kegigihan dan kesungguhan diorang... sebenarnya ana x berniat langsung nak sentuh sentimen kaum tp kita bercakap tntg pemerintahan Islam.. daulah islamiyyah takkan lahir tanpa pemerintahan islam dlm sesebuah negara... jd berhati2 & pikir2 kan lah...

Ok, skang nie ana nak citer plak pasal pengalaman ana kat Bugis Street(dlm Singapore la jugak)... nasib baek la tu termasuk dlm pakej klu x taubat lahom tak mau pi sana... nak tau sbb apa? Masya-Allah ramai btul org yg berpakaian tp berbogel... nasib baik la sumenye cina... masa tu hanya Allah je yg tahu betapa peritnya nak kawal pandangan mata nie (syaitan pun tengah aktif memanah masa tuh)... mudah2an Allah x hilangkan hafalan Quran ku... keadaan macam nie sebenarnya bukan org cina kat Singapore je tp hakikatnya orang melaya di Malaysia ni jugak x terlepas sama.. 2x5 jew... Cuba kita sume singkap balik kasih sayang dan rahmat Allah terhadap kita (umat Nabi Muhammad s.a.w) berbanding umat terdahulu.. Kalau Nabi Adam melakukan maksiat dalam keadaan berpakaian (makan buah khuldi) dan Allah memberikan hukuman dgn menanggalkan pakaian dan mencampakkannyake bumi.. tp manusia kini melakukan maksiat dalam keadaan tidak berpakaian dan Allah masih memberi nikmat pakaian kpd mereka.. kerana apa?.. kerana Allah masih ingin memberikan peluang kpd kita utk bertaubat.. tetapi sekadar manakah kita memanfaatkannya?...

Mungkin ada orang yg masih x paham kenape tajuk post ni "pengalaman mengajar erti hidup"... Sebenarnya ana nak citer dekat cni bagaimana kita nak menghadapi satu situasi yg mampu mematangkan diri dan mengajar erti kehidupan sebenar... sebenarnya banyak lagi pancaroba, dugaan, godaan dan halangan yg harus kita tempuhi sebagai hamba-Nya yg lemah lg kerdil di muka bumi ini... syaitan tidak akan pernah sesekali berhenti dari menyesatkan kita (manusia)... jadi apa perisainya... IMAN dan TAQWA... bukannya ana nak kata yg ana ni kuat sgt imannya.. tp hakikatnya dgn nikmat iman dan islam yg dikurniakan pada diri inilah ana merasakan yg ana sedang berhadapan dgn suatu kemungkaran yg sgt besar... dan pengalaman yg telah ana lalui tu dpt mematangkan diri utk sentiasa jg iman walau di mana saja kita berada... kerana kita akan menjadi mulia dgn islam,dan akan selamat dgn menjadikan iman satu perisai yg utuh dlm diri kita...

minta maaf bebanyak kalau apa yg ditulis ni sukar utk difahami... tp inilah luahan dr hati yg kerdil ini yg sentiasa meronta2 ketikamana melihat maksiat yg tak pernah jemu bermaharajalela di muka bumi ini... Ya Allah selamatkanlah kami (hamba mu yg beriman) dari tergolong di kalangan mereka yg sentiasa melakukan maksiat kepada-Mu dan peliharalah diri kami ini dari azab dunia mahupun akhirat....

0 ulasan: