WaSiaT iMaM Syafie r.h.m...

Sebelum Imam Syafie r.h.m pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada muridnya dan umat Islam seluruhnya...

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

Pertama: Hak Diri
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada dengan rezeki yang ada

Kedua: Hak Malaikat Maut
Mengqadakan kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat perediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah

Ketiga: Hak Kubur
Membuang tabiat menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan tahajud dan membantu orang yang dizalimi

Keempat: Hak Munkar dan Nakir
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati

Kelima: Hak kepada Mizan
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan

Keenam: Hak kepada Sirat
Membuang tabiat suka mengumpat, bersifat warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah

Ketujuh: Hak kepada Malaikat Malik
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t, berbuat baik kepada ibu-bapa, bersedekah secara sembunyi mahupun terang-terangan dan memperoleh akhlak yang mulia

Kelapan: Hak kepada Malaikat Ridhwan
Redha dengan takdir yang telah ditentukan Allah s.w.t, bersabar menerima ujian, bersyukur ke atas nikmat-Nya dan bertaubat dari melakukan maksiat

Kesembilan: Hak kepada Nabi Muhammad s.a.w
Berselawat ke atas baginda, berpegang teguh dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (hadith), mengasihi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah s.w.t.

Kesepuluh: Hak kepada Allah s.w.t.
Amar makruf, nahi mungkar, cinta untuk melakukan ketaatan dan benci kepada kemaksiatan

Nostalgia 08..

Alhamdulillah stlah sekian lama x memegang keyboard akhirnya d'bri kekuatan oleh-Nya utk menulis spatah dua utk manfaat kita semua (insya-Allah). Anyway, ramai x tau yg ana dah ada blog ke-2 (www.tazkiyahnafs.blogspot.com) ngan "Tagged" yg dah diupdate. So, silalah melawat & klu sempat tu tinggalkanle komen. Ok sebenarnya taun 2008 ni adlh mrupakan satu taun yg sgt b'makna dlm idup ana. Sebab2nyerr..
1.Kesan ukhuwah yg ditinggalkan oleh sahabat2 ana sgt b'bkas dlm hati ini & ana x kan lupakannya. Kepada mreka yg akn b'pindah taun dpan jgn lupakan pengalaman suka duka kita b'sama (kenanglah aku dlm doamu..)
2. Kena amik peperiksaan yg agk bsar dlm kamus idup ana iaituPMR (doakan kejayaan ana k..)
3. Daurah yg sangat22 best!! Thankzz Ust. Sayuti sbb b'jaya mengumpulkan ustaz2 pakar di Malaysia utk ajar kami semua. Insya-Allah ana akn trus amalkan semua yg ana dah blajar sehinggalah mata ini terpejam..
4. Dapat sertai PPN sepenuhnya (walaupun x brapa paham apa yg dibincangkan). Tp best sbb dpt jumpa ramai tokoh & bley nengok kump Demascus wat p'sembahan live.
5. Menjinakkan diri ngan novel Habiburrahman & skaligus meluaskan skop pandangan ana ttg cinta sesama insan.
6. Meneruskan p'juangan dakwah menerusi seni suara (bernasyid)
7. And many-many morezzz.
Cukup kat sini la kot perkongsian ana. Walaupun daurah x ni ana x b'jaya mendapat sijil sbb blk awal (gi PPN) tp ana ttp bley mempraktikkan ilmu yg ckp b'guna dlm idup ana. Bak kata Ust. Sayuti "buat apa kita ada sijil tp tak de ilmu". Semoga amalan kita sepanjang taun ni memperoleh keberkatan dr Allah & sentiasa berada di bawah keredhaannya. Jgn lupa juga utk sentiasa b'istighfar atas segala dosa yg kita lakukan sepanjang bergelar hambanya. Buat sahabatku sekalian, teruskan p'juangan antum semua walau di manapun antum berada. Sentiasalah berusaha utk memberikan manfaat kpd org lain. Semoga ukhuwah kita kan sentiasa b'kekalan....

SuRat CiNtA uNtUk JiWa


Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanyacinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.
Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.
Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebanibahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.
Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup olehmaksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?
Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan.
Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.
Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yag masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya ituhingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya "
Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "Wallahu?alam bisshawab
Nota : Semuga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau 'jalan di tempat',berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat-sahabat tercintaku..... Ada Allah dan orang-orang berimanyang selalu menemani di kala hati "lelah".

Syahid Impianku........


Firman allah:
“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun”

Sabda nabi;
صدق الله وصدقه الله
“dia telah membenarkan Allah dan Allah telah membenarkannya”

Detik 17 hb April , 4 tahun dahulu ..pergi nya seorang syahid yang telah menjualkan diri dan hartanya kepada Allah demi membeli syurgaNya yang mahal harganya…
Dr Abdul Aziz Rantisi…..seorang pakar kanak-kanak , khirrij(graduan) universiti Iskandariah.

Tidak sampai 1 bulan pun beliau meminpin HAMAS, beliau telah diserang dengan helikopter apache buatan amerika milik tentera yahudi….beliau satu ketika dahulu pernah ditanya mengenai kematian…

“semua orang menunggu kematian…ada yang mati diserang apache ada yang mati kerana serangan jantung…antara serang apache dan serang jantung sama sahaja…...
DAN SAYA LEBIH MENGUTAMAKAN MATI DGN APACHE....”

Lihat lah kata2 yang diungkapkan. .....ia bukan nya skrip yang dihafal....ia bukannya satu kata2 yang dipinjam dari org lain....tapi adalah kata2 yang diungkap lahir dari hati yang memahami hakikat jalan dakwah yang dipenuhi ranjau... dan dari jiwa yang telah melalui jalan ini dalam menegakkan agama Allah....dalam menuntut kembali tanah suci Islam Al-Quds.

Rantisi sering dipenjara bukan sahaja oleh pihak yahudi..malah dari pihak berkuasa Palestin sendiri...dan salah satu asbab penangkapan nya hanyalah kerana beliau mengangkat senjata dan mengatakan kepada pengikutnya. .. “ini sahaja jalan nya”

Mungkin ada di antara yang mengimpikan hidup yang selesa...tamat universiti.. .berkeluarga. ..hidup gembira bersama anak-anak... ada pekerjaan... berkelah di hujung minggu...tetapi Rantisi mengetepikan semua itu dan menjalani hidup yang penuh pengorbanan demi menjadikan kalimah Allah di puncak dunia, dan menikmati kehidupan syurga yang lebih kekal abadi....

Ayuh kita hitung diri ini.....apakah yang telah aku sumbangkan untuk agama yang aku anuti ini...apakah jawapan yang mampu kita berikan apabila ditanya tentang bantuan kita kepada saudara di palestin dan dalam mengembalikan al-Quds ke pangkuan muslimin

Allahumaj’alna minhum...... .ameen



Sejarah itu Sains?

Ilmu sains dikaitkan dengan tiga proses ini; ujikaji, pemerhatian dan kesimpulan. Ilmu sains terbina dari fakta hasil ujikaji yang dilakukan berulang-kali. Hasil dari proses empirikal (ujikaji, pemerhatian dan kesimpulan) ini terbentuklah teori-teori sains. Teori sains tidak dipertikaikan dan dianggap benar dalam semua keadaan. Contohnya teori mengenai graviti atau daya tarikan bumi. Ini terangkum dalam Newton’s first law (Undang-undang Newton yang pertama) iaitu setiap objek di bumi jatuh dengan kadar kecepatan 9.98 m22. Nilai inilah yang disebut sebagai ‘g’, berapapun berat objek tersebut. Newton menemukan undang-undang ini setelah melihat dan memikirkan tentang buah epal yang jatuh dari pokok ke tanah. Sebenarnya apa yang diolah oleh Isaac Newton telah wujud sejak bumi ini dicipta. Inilah yang disebut oleh Allah SWT dalam al Quran sebagai sunatullah. Sunatullah ialah hukum-hukum yang mentadbir perjalanan alam ini. Hukum-hukum inilah yang menjamin alam ini berfungsi dengan teratur tanpa sebarang kacau bilau. Dengan hukum sunatullah inilah cakerawala kita bahkan seluruh jagatraya yang terbentuk dari cakerawala/nebula yang tidak terhitung banyaknya berada dalam susunan yang harmonis. Setiap planet dan bintang bergerak pada garis paksinya masing-masing tanpa berlaku sebarang perlanggaran dan pertembungan. Jika salah satu dari planet dan bintang yang bertaburan itu menyalahi mana-mana dari hukum sunatullah itu akan berlakulah kemusnahan jagatraya dan mungkin menandakan permulaan kepada peristiwa kiamat.

Itu dalam bentuk makro. Di dalam bentuk yang mikro dan lebih kecil kita dianjurkan oleh al Quran untuk merenung tentang kejadian alam sekeliling yang dapat dinikmati dengan mata kasar yang tidak kurang hebat dan menakjubkan. ‘Tidakkah kamu perhatikan bagaimana unta diciptakan, langit ditinggikan, bumi diratakan dan gunung-ganang ditegakkan’. ‘Dan pada penciptaanmu sendiri tidakkah kamu perhatikan’. Allah tidak segan menjadikan lalat sebagai perumpamaan. Orang-orang kafir itu bertanya apakah tujuannya menjadikan lalat sebagai perumpamaan. Dengan perumpamaan itu Allah memberi petunjuk dan dengan perumpamaan itu Allah menyesatkan segolongan yang lain. Ayat-ayat ini antara lain mengajak manusia untuk merenung kejadian-kejadian yang bersifat organik dan biologikal. Setiap unit hidupan yang berada di atas muka bumi ini samada tumbuhan, haiwan atau agen mikrobial (bakteria dan kulat) berfungsi melalui proses-proses biologikal yang sama. Lantaran itu saintis telah merumuskan tujuh proses yang wajib ada bagi setiap hidupan iaitu respirasi (bernafas), penghadaman makanan, perkumuhan, pembiakan, bertindak balas pada stimuli (ransangan) dan akhir sekali kematian. Tidak ada satupun dari makhluk yang melata yang boleh mencabar hukum-hukum yang menjamin kelangsungan hidup mereka. Andai kata mereka punya kekuatan untuk melawan atau keluar dari garis hukum yang ditetapkan, mereka pasti akan menemui kemusnahan dan memilih untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri. Justeru Allah berfirman ‘Carilah agama selain dari agama Allah sedang telah tunduk (islam) semua yang di langit dan di bumi samada suka atau terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan’. Islam yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah tunduk kepada ketetapan Allah atau yang dinamakan sunatullah. Perkara ini amat mudah untuk difahami oleh setiap insan dan dia tidak perlu belajar sains dan pelbagai teori sains seperti hukum Newton untuk memahami hakikatnya. Contoh yang paling mudah ialah manusia akan mati kalau dia cuba-cuba melawan fitrah kejadiannya. Umpama seseorang itu memilih untuk tidak makan atau mengambil bahan yang tidak sesuai dengan sistem penghadamannya seperti kaca. Kematian adalah pasti baginya dan tidak perlu dibuktikan dengan percubaan sains. Ia adalah logik yang diterima hatta oleh orang yang tidak berpelajaran sekalipun.

Sunatullah juga boleh dilihat berlaku dalam proses lain yang tidak melibatkan unit biologikal atau kehidupan. Ketetapan hukum sunatullah juga berlaku kepada proses yang melibatkan nombor atau ilmu matematik. Oleh kerana ketetapan hukum yang tidak berubah selamanya inilah yang memungkinkan ilmu matematik berkembang dan dibangunkan oleh pelbagai tamadun terutamanya tamadun Islam. Rahsia inilah yang memungkinkan cerdik pandai dan saintis muslim menemukan pelbagai teorem matematik seperti aljeba dan almuqabbala (persamaan kuadratik). Seperti juga sunatullah yang mengikat kehidupan biologikal, begitu jugalah sunatullah mengikat hubungan di antara nombor (integer). Sebagaimana seseorang itu tidak perlu belajar ilmu Sains untuk menanggapi persoalan ini begitu jugalah seseorang itu tidak perlu menguasai rumus-rumus matematik yang rumit. Cukup sekadar memahami asas pengiraan seperti tambah dan darab yang diperlukan dalam urusan kehidupan seharian. Sebagai contoh hasil tambah dua dengan dua jawapannya tidak pelbagai tetapi tetap empat. Jawapan ini merentas ruang dan waktu tanpa kecuali.

Maka apakah hubungan sains dan sejarah? Apakah sejarah juga merupakan satu manifestasi dari sunatullah? Kita boleh mendapat jawaban dari persoalan ini dari al Quran. Al Quran adalah ibrah atau peringatan dan salah satu dari pendekatan al Quran ialah dengan memaparkan kisah-kisah sejarah. Apakah relevannya al Quran membentangkan kisah-kisah silam dari lipatan sejarah jika ia tidak mempunyai sebarang signifikan kepada manusia hari ini. Lantaran itu pada beberapa tempat Allah mengajak manusia dengan seruan seperti ini ‘berjalanlah di atas muka bumi dan perhatikan apakah kesudahan orang-orang yang zalim, yang membelakangkan perintah Allah’. Lebih khusus lagi pada beberapa tempat Allah merakamkan peristiwa-peristiwa besar yang pernah menimpa umat yang terdahulu seperti firmanNya ‘Tidakkah kamu perhatikan bagaimana kami perbuat ke atas kaum Ad. Penduduk Iram yang membina rumah di bukit-bukit, yang tidak ada sepertinya di zaman itu’. Di lain tempat Allah berfirman ‘Tidakkah kamu perhatikan apa yang telah diperbuat tuhanMu terhadap tentera bergajah?’ Soalan-soalan yang dilontarkan ini bertujuan untuk mengetuk pintu hati manusia dan mendorong mereka untuk berfikir. Apakah yang telah dilakukan oleh umat yang terdahulu sehingga mereka ditimpakan azab yang begitu besar oleh Allah SWT. Jika ia sekadar rekod atau catatan sejarah yang tidak punya sebarang kaitan dengan masa ini dan akan datang apakah perlunya kesah-kesah ini diungkap oleh al Quran. Al Quran bukan buku sejarah tetapi petunjuk bagi manusia untuk sepanjang zaman.Dalam perkataan lain kesah-kesah sejarah yang didedahkan oleh Allah SWT dalam al- Quran adalah petunjuk kepada peristiwa yang bakal berlaku di masa depan dan pada segenap zaman. Apa yang dipaparkan jua merupakan satu sunatullah atau hukum yang tidak berubah… dan sejarah adalah buktinya! Ia membawa satu isyarat jelas bahawa manusia tidak akan terlepas dari natijah perbuatan mereka. Kezaliman lambat laun akan berakhir dengan kehancuran dan kemusnahan. Lambat atau segera bukan soal. Jika perhitungan dilewatkan itu hanya fitnah (cubaan) kepada mereka yang lalai. Orang yang melakukan kezaliman tidak selamanya beruntung. Mereka mungkin mencapai kekuasaan dan kekayaan dikemuncak kezaliman mereka. Namun mereka hanya diberi tangguh sahaja. Apabila tiba saat perhitungan mereka akan jatuh ke lembah yang paling hina.

Tidakkah manusia menyedari fenomena ini yang terus berulang sehingga hari ini? Ini adalah kenyataan yang sedang berlaku dan akan terus berlaku. Seorang tiran (penguasa yang zalim) pada saat ia berada dipuncak kekuasaan dengan mudah menghantar musuh-musuh politiknya ke tali gantung. Maha suci Allah, ketika tiran yang sama dlucutkan kekuasaannya dan dijatuhkan hukuman mati, dia dihantar ke tali gantung yang sama yang telah meragut ribuan nyawa musuh-musuhnya. Sebelumnya juga ada seorang tiran yang mewarisi dinasti terkuat dan terkaya di Asia. Kekayaan dan kekuasaannya dibangunkan di atas kezaliman dan rampokannya ke atas harta rakyat. Akhirnya maharaja yang berkuasa ini mati dalam buangan. Bahkan kuasa besar yang melindunginya selama ini tidak sudi untuk menerima beliau. Matilah beliau dalam kehinaan dengan air mata kesyukuran rakyat yang ditindasnya selama ini.

Kesah-kesah yang dibawa oleh al Quran juga bertujuan untuk memberi keyakinan kepada pendukong-dukong kebenaran dan keadilan. Meskipun mereka dizalimi, teraniaya dan ditindas namun pada penghujung cerita duka mereka, kemenangan tetap memihak kepada mereka. Ia menuntut pihak yang berjuang menegakkan kebenaran dan menentang kepalsuan dan kezaliman supaya tetap istiqamah dan teguh menghadapi pelbagai mehnah (cubaan) dan fitnah yan ditimpakan ke atas mereka. Mudah-mudahan mereka terus meletakkan harapan yang tinggi terhadap pertolongan yang bakal datang. Inilah objektif sebenar kenapa Allah SWT meramkamkan perjuangan para Nabi dan golongan soleh di dalam al Quran. Kesah-kesah mereka ini seolah-olah membawa tema yang berulang-ulang iaitu pejuang kebenaran pasti akan meraih kemenangan meskipun mereka berhadapan dengan seluruh jentera pendukong-pendukong kepalsuan yang amat berkuasa. Ia juga menjadi peringatan kepada golongan yang memilih untuk menentang kebenaran bahawa perbuatan mereka sia-sia. Meski mereka memiliki semua harta dan kekayaan, kuasa dan pengaruh serta berlaku zalim kepada manusia, namun kesenangan dan kekuasaan mereka hanya bersifat sementara. Mereka sebenarnya tertipu kerana Allah SWT hanya memberi mereka penangguhan waktu ke atas kehancuran yang bakal mereka hadapi. Akhirnya apabila kehancuran itu datang mereka menjadi manusia yang paling kecewa dan berputus asa. Inilah yang menimpa Firaun dan semua pewaris-pewarisnya yang tertipu dengan kekuasaan yang dipinjamkian sementara oleh Allah SWT.

Kenapa Allah SWT menyebut beberapa kesah sejarah tanpa menyebut di mana dan bila peristiwa tersebut berlaku? Bila dan di mana sebenarnya tidak penting kerana al Quran bukan buku sejarah. Ia tidak pula menghalang manusia untuk membuat kajian dan menentukan di mana dan bilakah peristiwa-peristiwa yang dirujuk oleh al Quran itu terjadi. Di antara peristiwa tersebut ialah mangsa-mangsa parit api yang dinyatakan dalam kesah ashabul ukhdud, kesah pemuda yang tertidur dalam gua, ‘ashabul kahfi’ dan kesah pemuda yang berlari-lari dari hujung kota untuk mengajak umatnya beriman kepada para rasul yang diutus kepada mereka dalam surah yaasin. Apa yang hendak diketengahkan oleh al Quran ialah pengajaran-pengajaran untuk generasi manusia sepanjang zaman. Sungguh apa yang berlaku mempunyai pelajaran yang sangat besar kepada manusia yang mahu mengambil peringatan. Namun sejarah selalunya berulang; petanda bahawa manusia sering melupakan sejarah sehingga ada kata-kata yang merakamkan kealpaan manusia ini ‘mereka yang melupakan sejarah akan mengulangi kesilapan orang terdahulu’’Those who fail to take from history are condemn to repeat the same error’.

Semua ini menunjukkan bahawa sejarah seperti sains adalah sunatullah atau hukum yang tidak berubah. Jika dalam sains, sunatullah mengatur hubungan di antara objek-objek alam tabi’i (fizikal dan biological), di dalam sejarah, sunatullah mengatur hubungan di antara perbuatan dan natijah. Seperti dalam sains fizik hukum suatu tindakan akan menghasilkan tindak-balas (action – reaction) begitulah di dalam sejarah setiap perbuatan akan menatijahkan hasil yang tertentu. Setiap orang akan menuai hasil dari apa yang disemai. Jika benih padi yang disemai maka padilah yang akan dituai. Namun jangan sekali-kali mengharapkan hasil padi jika yang disemai ialah bibit lalang.

Oleh kerana garis-garis besar sejarah dikawal oleh hukum yang tidak berubah seperti sains, maka falsafah dan matlamat akhir dari pembelajaran sejarah seharusnya membawa natijah yang sama iaitu meyakini akan wujudnya kesegaraman peraturan di alam ini. Ini juga membawa insan kepada meyakini satu kuasa yang tunggal yang mentadbir dan menyusun perjalanan alam dengan begitu harmonis. Bukan sahaja tidak ada percanggahan di antara pelbagai objek yang menyatu sebagai alam semesta, dari peringkat mikro sehingga ke peringkat makro, bahkan tidak ada percanggahan di antara proses sejarah dan masa depan. Dalam perkataan lain, seseorang boleh melakar masa depan dengan berpandukan kepada petunjuk-petunjuk sejarah. Mereka tidak perlu membuat sebarang ujikaji atas pilihan yang bakal diambil. Jika jalan yang bobrok yang dipilih seperti mengamalkan rasuah, berlaku zalim, menipu, memeras dan menindas maka jangan sekali mengimpikan kemakmuran, kelestarian dan keamanan. Jika wujudpun kemakmuran fizikal ia tetap membawa kehancuran kepada sendi-sendi masyarakat. Akhirnya masyarakat yang sedemikian rupa akan dihinggapi dengan pelbagai wabak sosial dan gejala yang membawa keruntuhan akhlak, syaksiah, institusi keluarga dan masyarakat. Generasi akan datang akan melihat binaan-binaan fizikal yang diwarisi tidak lebih dari satu legasi yang melambangkan kemorosotan nilai dan akhlak seperti halnya piramid Mesir, Persepolis Persia dan Akropolis Yunani. Atau lebih malang lagi apabila mereka mewarisi dan melonjakkan lagi nilai-nilai bobrok tersebut sehingga monument-monumen itu menjadi lambang nasional yang dibangga, diperaga dan dipuja-puja. Semakin jauhlah masyarakat terseret ke jalan yang membawa kepada kemusnahan nilai.

Dr Hafidzi Mohd Noor

Bersyukurlah kepada Tuhan mu

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti dirimu kerana dialah orang yang menabahkan hatimu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu dirimu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuanmu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan dirimu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikarimu. Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan dirimu kerana dialah orang yang memperhebatkan keupayaanmu. Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan orang yang menyeksa dirimu kerana dialah orang yang menguji kesabaranmu. Oleh itu, bersyukurlah kepada Allah pada setiap saat dan ketika yang kau lalui dalam meniti kehidupan ini....